Pilihan Terbaik

Nikmat Tradisi, Rasa Premium

Tempah Katering Balik Babe

 MAKAN SEKALI, PASTI  NAK LAGI! 

Nikmati Balik Babe dengan Sentuhan Premium

Selamat datang ke Balik Babe, tempat di mana kenikmatan apam balik klasik bertemu dengan rasa mewah. Kami menyediakan apam balik berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan bahan-bahan premium untuk memastikan setiap gigitan memberikan kepuasan maksimum.

balikbabe TIKTOK
465949131_958701349612725_3524449922400694017_n
465664382_960642056093168_8553590710237549897_n
465787285_960642052759835_8359202056383994875_n
2
WhatsApp Image 2025-05-19 at 11.33.23_2a48de92
Untitled design (18)

Tentang Kami

Balik Babe

Untitled design (19)
Perniagaan Balik Babe dikenali sebagai perniagaan jalanan yang bermula dari pasar malam dan kaki lima. Kini, perniagaan Balik Babe telah mula berkembang dengan mempunyai francaisi di seluruh Malaysia.

Dengan pengurusan baharu, jenama Balik Babe telah membuat perubahan dari segi sistem pengurusan pentadbiran, pengurusan rakan niaga dan pengurusan pemasaran. Balik Babe yang berkonsepkan perniagaan mampu milik boleh disertai oleh sesiapa sahaja termasuk golongan ibu tunggal dan anak muda yang ingin memulakan perniagaan dan menambah pendapatan.
Bahan Berkualiti Tinggi
Kualiti Servis Dijaga
Berpengalaman
Reputasi Dipercayai

Misi Kami

Mewujudkan peluang perniagaan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah dan melahirkan usahawan berjaya menerusi pelan perniagaan Balik Babe.
cropped-Untitled-design-17.png

Visi Kami

Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang progresif dan maju dalam sektor makanan dan minuman serta memberi perkhidmatan terbaik melalui inovasi, nilai, kualiti dan komitmen Yang Tinggi.
cropped-Untitled-design-17.png

Keluarga

Kisah Balik Babe Premium

Kuih apam balik nipis lemak, manis dan rangup. Apam balik disediakan dengan memasak menggunakan kuali tembaga dan dapur khas. Lapisan mentega dipanaskan sebelum adunan tepung dimasukkan, kemudian ditambah gula secukup rasa. Nestum madu dan jagung berkrim juga ditambah untuk menyempurnakan penyediaan apam balik.

Keluarga Balik Babe

Keluarga Balik Babe memulakan perjalanan mereka sebagai penjaja kecil. Dengan resipi tradisional turun-temurun, keluarga ini menghasilkan apam balik menggunakan bahan-bahan segar seperti kacang tanah, jagung, dan gula melaka.

Perjalanan Kami

Hari ini, perjalanan kami bukan sekadar tentang membina jenama atau perniagaan, tetapi juga tentang mencipta nilai, meninggalkan kesan, dan menyatukan rakyat Malaysia melalui produk dan perkhidmatan kami
A9d8r9qs_13zbemx_3es

Rahsia Keistimewaan

Balik Babe

Resipi istimewa Balik Babe menawarkan aroma yang harum serta rasa yang memikat— lemak, manis, dan rangup. Dengan intinya yang unik seperti nestum madu, jagung krim lemak manis, serta taburan gula, apam balik ini memberikan pengalaman rasa yang tersendiri dan sukar dilupakan.

Ia bukan sekadar kudapan biasa, malah ia merupakan pilihan yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Hidangan ini sesuai untuk memeriahkan pelbagai acara atau majlis, memastikan setiap tetamu atau jemputan yang hadir menikmati pengalaman yang menggembirakan.

Balik Babe

Perkhidmatan Balik Babe

Selaras dengan misi dan visi serta usaha membawa jenama dan produk Balik Babe ke peringkat antarabangsa, kami juga menyediakan latihan dan konsultasi kepada usahawan yang ingin membuka perniagaan Balik Babe di kawasan mereka melalui pakej rakan niaga. Segala bimbingan tentang selok-belok membina perniagaan akan diberikan.

Selain itu, Balik Babe turut membekalkan peralatan set dapur apam balik dan adunan tepung Balik Babe bagi mendapatkan apam balik yang terbaik.

Kami juga menyediakan perkhidmatan katering secara live-cooking untuk majlis-majlis rasmi/tidak rasmi melalui pakej-pakej khas yang pastinya menarik dan berbaloi sesuai dengan keperluan penganjur (individu, katerer, event organizer, dan hotel).
BUNTING BALIKBABE 2
Sebagai usaha mentransformasikan perniagaan kami, kami juga mengorak langkah ke arah teknologi dan IT supaya dapat memanfaatkan inovasi digital dalam menguruskan operasi, memperluaskan pasaran, dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Pendekatan ini membolehkan kami terus berkembang dengan lebih baik dan bersaing secara dinamik pada masa hadapan.

Jom dapatkan khidmat kami secara dalam talian sekarang.
WhatsApp Image 2025-05-14 at 4.54.40 PM.jpeg

Tempah Katering Balik Babe

Balik Babe memperkenalkan Pakej Katering Poket Tak Kering, tawaran terbaik untuk memastikan setiap acara anda berjalan lancar dengan bajet yang berpatutan. Promo ini menawarkan pilihan hidangan berkualiti tinggi yang sesuai untuk pelbagai majlis.

Tempah Sekarang
WhatsApp Image 2025-05-14 at 4.54.40 PM.jpeg

Daftar Usahawan Balik Babe

Jom sertai kami sebagai sebahagian daripada Keluarga Usahawan Balik Babe! Nikmati peluang eksklusif dengan resipi istimewa, latihan lengkap, bekalan bahan mentah berkualiti, serta sokongan pemasaran untuk membantu anda berjaya.

Daftar Sekarang
WhatsApp Image 2025-05-14 at 4.54.40 PM.jpeg

Podcast Balik Babe

Sebuah platform yang membawa cerita dan pengalaman sebenar usahawan. Setiap episod kami akan berkongsi topik seperti strategi perniagaan, cabaran, tips dan inspirasi untuk membantu anda mengatasi rintangan dan mencapai kejayaan dalam keusahawanan.

'Subscribe' Sekarang
WhatsApp Image 2025-05-14 at 4.54.40 PM.jpeg

Akademi Balik Babe

Jom Daftar Sebagai Usahawan Balik Babe! Kami menyediakan latihan dan bimbingan untuk mengasah kemahiran keusahawanan anda. Dengan modul lengkap dan praktikal, anda akan mempelajari apa yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan.

Daftar Sekarang
Untitled design (17)
1+
Negeri
Untitled design (17)
1+
Usahawan Balik Babe
Untitled design (17)
1k+
Pelanggan setia Balik Babe
Untitled design (17)
1k+
Majlis Disajikan Balik Babe

Testimoni

Apa Kata Francais Kami

Untitled design (17)